Jasmine malu lihat aksi ranjang Villa Kristal

Jasmine malu lihat aksi ranjang Villa Kristal

Sekalipun sedar bakal mencetuskan kontroversi apabila melakukan babak ranjang, pelakon Jasmine Suraya Chin, 32, sedia berdepan kecaman netizen.

Baginya, babak ranjang yang dilakukan bersama aktor, Alvin Wong dalam drama bersiri, Villa Kristal yang bakal menemui penonton di platform penstriman, WeTV sekadar lakonan.



Malah, Jasmine dan Alvin langsung tidak bersentuhan ketika melakonkan babak panas itu.

“Saya sedar babak panas ini bakal membuatkan penonton mual, tetapi, itu hanya lakonan semata-mata.

“Awalnya, saya juga bimbang untuk menerima tawaran watak Angel. Saya fikir dua kali sebelum menerimanya, bimbang juga melakukan aksi ranjang.

“Namun, selepas mempertimbangkan semula, saya bersetuju kerana ia sekadar lakonan. Lagipun, ini adalah naskhah hebat pengarah tersohor, Kabir Bhatia. Saya sedar peluang keemasan ini tidak akan selalu datang, jadi, apa salahnya saya terima.



“Disebabkan saya bersetuju menerima tawaran, ia bermaksud saya perlu bersedia untuk dikecam,” katanya kepada BH Online.

Wanita kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, mulanya terbit perasaan malu dan takut apabila kali pertama melihat lakonannya dalam babak panas itu.

“Namun, segala perasaan terbuku dalam hati lenyap tatkala memikirkan saya seorang pelakon. Apa yang dilakukan hanya lakonan dan tuntutan karakter.

“Kenapa saya perlu rasa takut kerana ia bukannya babak betul, sebaliknya, hanya teknik kamera yang membuatkan lakonan saya dan Alvin menjadi realistik.



“Sebagai pelakon, saya harus mempersembahkan lakonan sehabis baik apabila diberikan kepercayaan membawa sesebuah karakter.

“Apatah lagi, jalan cerita drama Villa Kristal berbeza dan sukar didapati, jadi, saya sendiri tidak tahu bila lagi akan ditawarkan cerita sedemikian,” kata Jasmine.

Demi menjayakan watak Angel yang memerlukannya memakai berpakaian daring, Jasmine berkata, dia sanggup menjalani regim diet yang ketat bagi menurunkan berat badan.

Selama enam minggu, katanya, dia menolak menjamah nasi dan makanan yang mengandungi karbohidrat.



“Sebelum itu, badan agak berisi sedikit, jadi, tidak sesuai berimej daring. Jadi, saya perlu berdiet untuk menurunkan berat badan.

“Saya tolak makanan berkarbohidrat selama enam minggu sehingga berjaya menurunkan 18 peratus kandungan lemak dalam badan.

“Memang seksa terpaksa mengawal pemakanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Banyak makanan yang tidak boleh dinikmati.

“Namun, berbaloi demi menghidupkan watak Angel,” katanya yang terpaksa menaikkan berat badan sebanyak lima kilogram bagi menjayakan satu drama baharu, tidak lama lagi.



Selain Jasmine dan Alvin, Villa Kristal adalah drama bergenre komedi arahan Kabir bersama Jason Chong yang turut dibintangi Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid, Tony Eusoff, Nazrief Nazri dan Fadlan Hazim.

Villa Kristal mengisahkan sekumpulan wanita elit yang memiliki rahsia, menjalani kehidupan penuh misteri dan skandal dalam villa mewah. BH

Jasmine malu lihat aksi ranjang Villa Kristal


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker