PRNJohor: BN kaji sama ada akan kerjasama dengan PAS

PRNJohor: BN kaji sama ada akan kerjasama dengan PAS

UMNO dan Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu masih diteliti secara mendalam buat masa ini.



“Kita perlu melihat dan mengkaji dengan teliti (kerjasama dengan PAS). Ia kerana majoriti kepimpinan pada semua peringkat bahagian serta akar umbi mahu BN bergerak bersendirian pada PRN ini.

“Namun pada peringkat pemimpin tertinggi, kita akan meneliti dengan sebaik-baiknya sebelum apa jua keputusan dibuat.

“Ini supaya apa yang diputuskan nanti hanya akan mendatangkan faedah serta kebaikan kepada BN dan bukan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pertemuan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan komponen BN Johor, di sini, hari ini. BH



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

PRNJohor: BN kaji sama ada akan kerjasama dengan PAS




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)



GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker