Kontrak kapal tempur RM24 juta: Broker ditahan berkait dokumen palsu

Kontrak kapal tempur RM24 juta: Broker ditahan berkait dokumen palsu

Seorang lelaki berusia 62 tahun yang menjadi broker kontrak perolehan enam Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS), ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu dianggarkan bernilai RM 24 juta dalam kontrak itu.

Suspek ditahan malam tadi oleh SPRM, menjadikan keseluruhan tiga individu kini dalam tahanan suruhanjaya berkenaan selepas penahanan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang disyaki turut terbabit dalam kontrak perolehan enam LCS berkenaan, kelmarin.

Sumber SPRM berkata, lelaki 62 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

“Difahamkan, suspek dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi kontrak yang dianggarkan bernilai RM24 juta kepada sebuah syarikat perkapalan melalui tiga syarikat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya hari ini.

Majistret Shah Wira Abdul Halim pagi tadi membenarkan lelaki berkenaan direman selama lima hari sehingga 30 Januari depan selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Semalam BH melaporkan, SPRM memperoleh petunjuk baharu dalam siasatan kontrak perolehan LCS dan menahan dua CEO sebuah syarikat yang terbabit dalam kontrak itu. Mereka yang berusia 79 dan 49 tahun disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM), Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, pada 21 November tahun lalu membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan sejumlah RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal berkenaan secara serentak.

Bagaimanapun, hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada TLDM walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019. BH

Kontrak kapal tempur RM24 juta: Broker ditahan berkait dokumen palsu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker