Permohonan BSN MyRinggit-i Banjir dibuka sehingga 31 Januari

Permohonan BSN MyRinggit-i Banjir dibuka sehingga 31 Januari

Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam satu kenyataan berkata, pembiayaan itu menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan setakat 25 Januari lalu, ia meluluskan sebanyak 22,887 permohonan berjumlah lebih RM221 juta.

“Mereka yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web BSN, www.bsn.com.my dan mengemukakan dokumen yang lengkap serta sahih iaitu salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas serta surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas,” katanya.



BSN berkata, permohonan yang diterima sebelum 31 Januari 2022 dengan maklumat yang sahih, dokumen yang lengkap, serta menepati syarat yang ditetapkan, akan diproses bagi meringankan beban kewangan pelanggan.

“Bagaimanapun, pelanggan BSN masih boleh mendapatkan bantuan lain

yang ditawarkan seperti penangguhan ansuran bulanan pembiayaan termasuk

kemudahan pembiayaan/pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli dan kad kredit untuk pelanggan individu serta pembiayaan/pinjaman kepada perusahaan mikro yang terkesan akibat banjir,” katanya.



BSN sebelum ini meningkatkan jumlah pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir kepada RM10,000 berbanding pengumuman terdahulu RM5,000, susulan kenyataan terkini oleh kerajaan.

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar sifar peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Mangsa banjir di Malaysia baru-baru ini turut menerima moratorium pinjaman kenderaan, rumah dan kad kredit daripada semua bank bagi menangguhkan pinjaman mereka.

Bantuan berkenaan adalah antara Pakej Bantuan Banjir yang disediakan setakat ini mencecah lebih RM1.4 bilion.



Ia termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI), bantuan pembelian barang keperluan dan bantuan baik pulih rumah. BH

Permohonan BSN MyRinggit-i Banjir dibuka sehingga 31 Januari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz



Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker