Hakim bukan berada atas undang-undang – Isham

Hakim bukan berada atas undang-undang – Isham

Seseorang hakim tidak boleh berada di atas undang-undang dan tidak terkecuali daripada prosedur siasatan jenayah sama seperti dikenakan ke atas orang lain, kata Ketua Penerangan Umno Isham Jalil.

Beliau berkata, pihak berkuasa tidak boleh dipaksa untuk berunding dengan ketua hakim negara terlebih dahulu, atau mendapatkan kebenarannya sebelum bertindak terhadap mana-mana hakim yang disyaki melakukan kesalahan jenayah.



“Hakim tidak mempunyai imuniti (daripada pendakwaan jenayah) “atau keistimewaan dalam perkara-perkara jenayah. Tiada siapa berada di atas undang-undang, termasuklah hakim,” katanya di Facebook.

Ia susulan kenyataan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada Jumaat lalu dan berkata, pihak pasukan penyiasat perlu merujuknya terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang tindakan terhadap hakim.

Isham berkata: “Jika pihak berkuasa perlu minta kebenaran atau berunding dengan ketua hakim untuk menyiasat dan mendakwa hakim melakukan jenayah, ini tidak kena dengan prinsip pengasingan kuasa.”

Katanya lagi, jika hakim di negara lain termasuk England dan Amerika Syarikat melakukan jenayah, pihak berkuasa boleh siasat, menahan dan dakwa hakim tersebut tanpa minta kebenaran atau berunding dengan ketua hakim.



Tambahnya, menegakkan aspek undang-undang ini penting bagi memastikan pengasingan kuasa antara eksekutif, badan kehakiman dan Parlimen dikekalkan.

Isham juga berkata, Tengku Maimun tidak seharusnya membuat keputusan yang mungkin kelihatan berat sebelah, kerana rakyat sedang memerhati dan akan menjejaskan kepercayaan mereka terhadap sistem perundangan negara.

“Adalah sukar untuk menegakkan undang-undang jika rakyat hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman,” katanya.

Kenyataan Tengku Maimun dibuat dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan terhadap Hakim Nazlan Ghazali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Panel tujuh hakim berpendapat, hakim tidak terlepas daripada siasatan jenayah atau pendakwaan tetapi siasatan SPRM telah dijalankan tanpa mengikut protokol.

Beliau berkata, badan penyiasat seperti SPRM mesti berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan, dan menambah, kegagalan berbuat demikian menunjukkan terdapat “kekurangan bona fide di pihak mereka.”

Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman berkaitan saman dibawa oleh tiga peguam untuk mencabar siasatan SPRM terhadap dakwaan jumlah tidak dapat ditentukan lebih RM1 juta dalam akaun bank Nazlan.

Mereka memohon pengisytiharan bahawa penyiasatan itu tidak mengikut perlembagaan, dan pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat.



Hakim Nazlan menjadi terkenal apabila mendengar kes terhadap Najib Razak di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International, yang ketika itu dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad.

Dia mendapati Najib bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap bekas perdana menteri itu.
FMT

Hakim bukan berada atas undang-undang – Isham

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker