Sah: EU luluskan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun

THE HAGUE: Terkesan dan terdesak dengan situasi jangkitan Covid-19 di kebanyakan negara di Eropah, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dan bakal dilaksanakan secara berperingkat.

Ketua Strategi Vaksin di Agensi Perubatan Eropah (EMA), Marco Cavaleri berkata, mulai semalam, vaksin itu sudah diluluskan untuk kegunaan golongan tersebut.

Katanya, vaksin itu akan digunakan pada dos lebih rendah berbanding dos orang dewasa.



Setakat ini, hanya segelintir negara yang bersetuju untuk memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak lebih kecil, termasuk Amerika Syarikat (AS), Israel dan Kanada.

Jelas EMA, kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan diberikan satu per tiga daripada dos yang diterima orang dewasa dengan dua suntikan dalam sela masa tiga minggu.

Pfizer, BioNTech, Moderna dianggarkan untung AS$65,000 setiap minit



Vaksin Pfizer dida-ati berkesan sehingga 90.7 peratus dalam memberi perlindungan terhadap golongan tersebut berdasarkan kajian yang melibatkan 2,000 kanak-kanak seusia.

Kesan sampingan yang dihadapi biasanya bersifat ringan atau sederhana selama beberapa hari, termasuk sakit di tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot dan menggigil.

EMA sebelum ini membuat kesimpulan bahawa manfaat vaksin Pfizer pada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun melebihi risiko terutama bagi mereka yang mempunyai potensi dijangkiti COVID-19.

Namun, katanya, risiko keselamatan suntikan Pfizer kepada kanak-kanak akan terus dipantau dengan teliti. – AFP



Sah: EU luluskan Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Malaysia akan beli Pfizer untuk kanak-kanak 5 hingga 12 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker