Malaysia akan beli Pfizer untuk kanak-kanak 5 hingga 12 tahun

PETALING JAYA: Malaysia akan melakukan pembelian vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan pilihan vaksin lain seperti Sinovac untuk dimasukkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk kanak-kanak.

“Menerusi keputusan panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) yang mengesyorkan suntikan Pfizer bagi individu berusia lima hingga 12 tahun, Malaysia akan teruskan usaha perolehan Pfizer untuk kanak-kanak.

“Kita juga akan meneliti pilihan bekalan lain seperti Sinovac,” katanya di Twitter.

Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, selepas penelitian agensi berkenaan mendapati manfaat suntikan pelalian itu melebihi risiko.

Malaysia mula melakukan pemberian suntikan vaksin kepada remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun pada 20 Sept lalu.

Selain itu, Khairy berkata liputan pemberian vaksin dalam kalangan remaja semakin meluas bagi membolehkan sesi persekolahan secara bersemuka dapat dibuka secara selamat.

Katanya, sebanyak 82.4% daripada remaja di negara ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan, manakala 62% mendapat dos lengkap.

“Ini bermakna #PembukaanSemulaSekolah secara selamat,” katanya

Malaysia akan beli Pfizer untuk kanak-kanak 5 hingga 12 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pakar sokong vaksin Pfizer untuk budak 5-11 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker