Ma Dong-seok bangga diminati Angelina Jolie

Sebaran :

MA DONG-SEOK pernah berkerjasama dengan Angelina Jolie dalam naskhah The Eternals.

PERNAH bekerjasama dengan aktres Hollywood terkenal, Angelina Jolie menerusi naskhah Marvel berjudul The Eternals, aktor Korea Selatan, Ma Dong-seok memandang tinggi sikap selebriti tersebut.

Memetik laporan Allkpop, Dong-seok mendedahkan Angelina sentiasa mengutamakan orang lain sepanjang penggambaran filem tersebut.

“Angelina seorang pelakon yang luar biasa. Dia juga seorang yang sangat baik. Dia sentiasa memberi perhatian terhadap orang lain.

“Dia juga akan memastikan semua pelakon dalam keadaan selesa. Saya sudah lama berada di industri ini dan belum pernah jumpa pelakon yang sebegitu,” katanya.



Dong-seok, 51, turut meluahkan rasa terkejut apabila Angelina mengakui sebagai peminatnya.

“Jujurnya, saya tergamam saat Jolie beritahu telah menyaksikan karya-karya lakonan saya dan meminati saya.

“Saya rasa kami mempunyai keserasian dalam lakonan. Saya suka bekerja dengannya,” ujar pelakon Train To Busan itu lagi.

Ma Dong-seok bangga diminati Angelina Jolie




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’


Sebaran :

Leave a Reply