Proses tuak, samsu haram di rumah

Sebaran :

SEBERANG PERAI – Sebuah bilik kecil di dalam sebuah rumah di Taman Pulasan, Bukit Mertajam di sini dijadikan tempat untuk memproses tuak atau samsu secara haram sebelum dijual kepada warga asing di dalam botol air mineral bersaiz 1.5 liter (l).

Itu modus operandi yang dikesan digunakan oleh seorang pemilik kedai runcit dalam usaha mengelirukan pihak berkuasa untuk mengaut keuntungan melalui kegiatan itu.

Ketua Unit Cawangan Penguatkuasaan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP/PPKP), Jabatan Kesihatan negeri, Mohd. Wazir Khalid berkata, kegiatan itu dibongkar pihaknya menerusi Op Metanol selama hampir lima jam bermula pukul 7 malam kelmarin.

“Pada mulanya, kita tidak mendapat kerjasama baik daripada seorang wanita dipercayai isteri kepada pemilik kedai runcit itu yang menafikan berlakunya kegiatan tersebut.



“Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan menjumpai beberapa botol air mineral yang masih belum dibuang label asalnya dan berbau minuman keras selain penemuan cecair berasid dalam bekas bersaiz 5 l di dalam kenderaan pemilik premis yang diletakkan di hadapan kedai,” katanya.

Menurut Mohd. Wazir, soal siasat lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan lokasi memproses minuman keras berkenaan di dalam sebuah bilik kira-kira 200 meter dari kedai runcit tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, serbuan itu dibuat susulan risikan selama sebulan berikutan laporan berlakunya tujuh kes kematian warga asing dipercayai akibat keracunan metanol selepas meminum minuman keras tersebut

Proses tuak, samsu haram di rumah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Idris Haron ajak UMNO bersama DAP dan PKR


Sebaran :

Leave a Reply