Paiyen dan Kabilan ‘Peragut Emas’ diburu polis

Paiyen (kiri) dan Kabilan diburu polis

KLANG – Polis memburu dua lelaki selepas disyaki terlibat dalam kejadian meragut rantai leher seorang jurujual di belakang sebuah kedai di Jalan Tengku Kelana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua suspek itu dikenali J. Kabilan, 22, dan N. Mohan Raj atau dikenali Paiyen,31.

Katanya, mereka masing-masing beralamat terakhir di Jalan Pandan 18, Taman Dato Hormat dan Jalan Dendang 91 di Telok Panglima Garang.

“Kedua-dua suspek mempunyai 13 rekod lampau dengan tujuh daripada berkaitan dadah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada Asisten Superintendan Zamrus Zakaria di talian 019-6892777 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03- 33762222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kejadian ragut itu berlaku pada 9.40 pagi semalam dengan mangsa berusia 23 tahun sedang membersihkan kawasan belakang kedainya telah didatangi secara tiba-tiba seorang lelaki.

Shamsul Amar menambah, suspek kemudiannya cuba untuk meragut rantai emas milik mangsa tetapi tidak berjaya.

Insiden tersebut tular di media sosial menerusi video berdurasi dua minit 50 saat di laman sosial Facebook.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna maroon bersama tiga lagi lelaki yang tidak dikenali yang berada di dalam kereta tersebut.

“Bertindak itu, dua daripada empat suspek yang terlibat berjaya ditahan antara pukul 2 hingga 5 petang di sekitar Jalan Klang- Banting selain merampas kereta yang digunakan dalam kejadian ini,” katanya.

Jelas beliau, semakan mendapati masing-salah seorang daripadanya mempunyai 17 rekod lampau termasuk masih dikehendaki bersabit satu kes di Banting, Kuala Langat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abang polis kena langgar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker