Polis tahan transporter, 7 wanita Thailand diselamatkan

Polis tahan transporter, 7 wanita Thailand diselamatkan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang berperanan sebagai transporter ditahan bersama tujuh wanita warganegara Thailand dalam satu serbuan di sebuah premis di Permas Jaya, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tujuh wanita yang ditahan berusia antara 22 hingga 37 tahun dibawa masuk bertujuan untuk eksploitasi seks.

Katanya, serbuan itu dijalankan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis JBS.

“Lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas sebuah beg tangan, dua telefon bimbit, 10 kondom, tiga anak kunci, satu kad akses dan wang tunai berjumlah RM630,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, suspek lelaki kini ditahan reman manakala tujuh wanita yang diselamatkan kini ditempatkan di rumah perlindungan sementara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” ujarnya. K Online

Polis tahan transporter, 7 wanita Thailand diselamatkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker