Pakar sokong vaksin Pfizer untuk budak 5-11 tahun

Pakar sokong vaksin Pfizer untuk budak 5-11 tahun

WASHINGTON: Panel penasihat perubatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyokong penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sekali gus membuka jalan kepada kelompok lebih muda mendapatkan suntikan vaksin beberapa minggu akan datang.

Pakar bebas menyimpulkan manfaat langsung kepada kesihatan kanak-kanak dan menamatkan gangguan persekolahan dan gangguan lain mengatasi risiko yang diketahui.



Selepas sehari pembentangan dan perbahasan, hasil undian menunjukkan 17 menyokong dan satu berkecuali.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) yang mengadakan mesyuarat itu dijangka memberi persetujuan tidak lama lagi, menjadikan 28 juta kanak-kanak di AS layak mendapat vaksin menjelang pertengahan bulan depan.

“Adalah jelas kepada saya bahawa faedahnya melebihi risiko apabila saya mendengar mengenai kanak-kanak dimasukkan ke ICU (unit jagaan rapi), yang mengalami kesan jangka panjang selepas jangkitan COVID-19 dan kanak-kanak meninggal dunia,” kata Amanda Cohn daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), yang mengundi menyokong.

“Isunya tidak pernah mengenai apabila anda mengetahui segala-galanya – persoalannya ialah apabila anda cukup mengetahuinya,” kata Encik Paul Offit, pakar pediatrik di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, yang juga mengundi menyokong tetapi mahu data keselamatan lebih lengkap disediakan dari semasa ke semasa.



Beliau berkata ramai kanak-kanak berisiko tinggi akan mendapat manfaat dan risiko miokarditis, kesan sampingan paling membimbangkan yang mungkin sangat rendah, memandangkan dos yang digunakan akan diturunkan kepada 10 mikrogram, berbanding 30 mikrogram bagi golongan lebih berusia. BH

Pakar sokong vaksin Pfizer untuk budak 5-11 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker