Remaja pilih mengandung kerana tak mampu beli tuala wanita

Sebaran :

Remaja pilih mengandung kerana tak mampu beli tuala wanita

KUANTAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan terdapat segelintir remaja perempuan daripada keluarga miskin dan
berpendapatan rendah rela memilih untuk mengandung kerana dalam temoh sembilan bulan itu mereka mereka tidak perlu membeli tuala
wanita.

Situasi sedemikian dikatakan berlaku khususnya di kawasan pedalaman yang dikategorikan oleh NGO terbabit sebagai ‘kemiskinan haid’.


REENA AWLIYATUL IMANI REEZAL MERICAN



Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Sanitary Bank Malaysia, Reena Awliyatul Imani Reezal Merican berkata, akibat kemiskinan haid, golongan wanita khususnya remaja
perempuan sanggup mengambil jalan mudah dengan mengandung.

“Apabila mengandung, mereka fikir selama sembilan bulan tidak perlu beli tuala wanita tanpa memikirkan perkara-perkara lain yang perlu dibelanjakan apabila mereka sudah melahirkan anak, ” katanya.

Terdahulu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Keluarga Prihatin Malaysia (MKPM) dengan kerjasama Parlimen Wanita Muda menyampaikan sumbangan kepada lima buah sekolah rendah dan menengah di Felda Lepar Hilir di sini untuk projek kemiskinan haid.

Projek itu merupakan inisiatif yang digerakkan MKPM sebagai menyokong penubuhan Sanitary Bank Malaysia yang sedang diusahakan oleh Parlimen Wanita Muda.



Yang hadir sama, Presiden MKPM, Datin Seri Ismalina Ismail dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir, Asmaiani Nan.

Reena Awliyatul Imani yang juga Perwakilan Wanita Muda berkata, kerana kemiskinan haid, terdapat juga wanita yang menggunakan surat khabar untuk dijadikan sebagai tuala
wanita.

“Mereka langsung tidak fikir bahaya kepada diri mereka, ini kerana surat khabar mempunyai karbon yang boleh menyebabkan jangkitan kuman pada alat sulit mereka serta boleh menyebabkan kematian.

“Selain itu, isu ‘kemiskinan haid’ juga menyebabkan remaja perempuan khususnya pelajar sekolah kerap ponteng sekolah kerana masalah dialami, ia sekali gus menjejaskan pembelajaran mereka,” katanya.



Beliau berkata, isu kemiskinan haid bukan sesuatu yang baharu, namun akibat rasa malu dan dianggap sebagai sesuatu perkara yang tidak perlu untuk dibincangkan, ia terus menjadi barah dalam masyarakat.

“Kesedaran tentang kemiskinan haid perlu diwujudkan dalam kalangan masyarakat, pihak berwajib termasuk kerajaan supaya ia tidak dipandang sepi sebaliknya diberikan perhatian serius. Apa yang lebih utama, nasib mereka yang khusus remaja terkesan ekoran permasalahan itu terbela,” katanya. Utusan

Remaja pilih mengandung kerana tak mampu beli tuala wanita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?


Sebaran :

Leave a Reply