Ahmad Fuaad akan tamat khidmat sebagai Presiden, CEO UMW Holdings

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan UMW Holdings Bhd (Kumpulan UMW) Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali dijadual menamatkan penggal tiga tahun jawatan beliau pada 31 Oktober ini.

Kumpulan UMW berkata, beliau juga akan berhenti menjadi pengarah eksekutif kumpulan pada tarikh yang sama.

“Di bawah kepimpinan beliau, Kumpulan UMW telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menambah baik daya tahan syarikat semasa pandemik COVID-19.



“Hasilnya, kumpulan berupaya untuk pulih dengan pantas dan mencatatkan hasil dan keuntungan sebelum cukai paling tinggi dalam tempoh lapan tahun lepas pada 2022,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ahmad Fuaad menyertai Kumpulan UMW pada 1 Nov, 2020, dalam keadaan persekitaran perniagaan yang mencabar akibat pandemik COVID-19.

“Beliau memperkenalkan rangka kerja transformasi strategik CREST@UMW pada Januari 2021 untuk memacu aspirasi Kumpulan UMW mengeksploitasi sepenuhnya peluang dalam ruang mobiliti menerusi pelbagai perniagaan kumpulan.

“Pelaksanaan rangka kerja strategik CREST@UMW telah mengukuhkan prestasi kewangan UMW dengan ketara dan meningkatkan bukti kelayakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kumpulan dengan kemampanan diletakkan sebagai salah satu daripada lima tonggak utama CREST@UMW,” katanya.



Pada 24 Ogos, 2023, Sime Darby Bhd mengumumkan ia memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk mengambil alih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam UMW Holdings Bhd. Cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada pertengahan November 2023.

Bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan operasi Kumpulan UMW semasa tempoh peralihan, presiden bahagian peralatannya Megat Shahrul Azmir Nordin telah dinamakan sebagai pegawai bertanggungjawab Kumpulan UMW. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker