Tujuh ditahan susulan tular video merusuh di Mentakab

Tujuh ditahan susulan tular video merusuh di Mentakab

TEMERLOH: Tujuh lelaki ditahan susulan penularan video pergaduhan dipercayai berlaku di tepi jalan bandar Mentakab, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Azhar Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia lingkungan 19 tahun hingga 35 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.



Katanya, pihak polis juga akan meneruskan usaha-usaha untuk mengesan saki baki individu yang terlibat dalam kes terbabit.

Menurutnya, semalam sekitar pukul 8 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh telah mengesan satu video yang tular memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki tersebar melalui aplikasi media sosial WhatsApp.

“Rakaman video yang berdurasi selama lapan saat itu dipercayai berlaku pada pukul lebih kurang di antara 12.05 tengah malam hingga 12.20 tengah malam semalam.

“Video terbabit memaparkan beberapa orang lelaki yang sedang bergaduh berhampiran di tepi jalan bandar Mentakab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Bagaimanapun kata Azhar, sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

“Pihak polis telah membuat laporan maklumat pertama (FIR) untuk memulakan siasatan di bawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga melakukan gaduh gempar di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis juga menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan untuk tampil bagi menyalurkan maklumat kepada pihak kami,” katanya. Utusan

Tujuh ditahan susulan tular video merusuh di Mentakab




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker