Rosmah gagal gugur hakim dengar kes solar

Rosmah gagal gugur hakim dengar kes solar

Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam permohonanya untuk menggugurkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam kes rasuah berkaitan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mohamed Zaini memutuskan demikian selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak di sini hari ini selain menolak permohonan selaku pemohon.

Sepatutnya, pagi ini mahkamah akan mengeluarkan keputusan sama ada Rosmah disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan rasuah itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah, 71, didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Kelmarin, Rosmah dalam notis usul yang difailkan dan afidavit sokongan yang diikrarkannya, isteri bekas Perdana Menteri meragui integriti hakim berkenaan ekoran insiden pembocoran dokumen penghakiman yang disiarkan oleh sebuah portal berita.

Notis usul bagi menyokong permohonan itu difailkan melalui Tetuan Akberdin & Co. manakala kertas kausa diserahkan kepada pihak pendakwaan pada hari yang sama.

Kes ketirisan dokumen mahkamah itu kini disiasat polis di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 ( kerana kesalahan membocorkan maklumat), Seksyen 203A Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mendedahkan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik).

Dalam afidavit sokongannya, Rosmah terkejut kerana alasan penghakiman kes projek solar itu telah siap dan disediakan oleh pihak ketiga, bukannya hakim berkenaan.

Sehubungan itu, Rosmah memohon Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada keseluruhan perbicaraan manakala keputusan yang dijadualkan digantung sementara menunggu pelupusan permohonannya. K Online

Rosmah gagal gugur hakim dengar kes solar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker