Rosmah didapati bersalah tuduhan rasuah projek solar

Rosmah didapati bersalah tuduhan rasuah projek solar

Rosmah Mansor didapati bersalah atas tuduhan rasuah berkait projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa pada November 2018 atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Rosmah Mansor yang kelihatan sedih menegaskan beliau tidak bersalah selepas disabitkan kesalahan rasuah.

“Saya menjadi mangsa,” katanya sambil menangis sambil memberi kenyataan dari kandang tertuduh.

“Saya tidak pernah meminta wang,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Rosmah didapati bersalah tuduhan rasuah projek solar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar

Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker