Murid rosakkan harta benda sekolah diarah sertai khidmat komuniti

Murid rosakkan harta benda sekolah diarah sertai khidmat komuniti

Pelajar yang dikesan merosakkan harta benda sekolah di Seberang Perai Selatan (SPS) Pulau Pinang pada Jumaat akan dibabitkan dalam khidmat komuniti.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan waris mereka hari ini.



“Langkah itu (babit dalam khidmat komuniti) sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini tular di media sosial video memaparkan tindakan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang didakwa merosakkan harta benda sebagai tanda meraikan hari terakhir persekolahan.

Dalam video berdurasi hampir satu minit, beberapa pelajar dilihat merosakkan kerusi, kipas siling, serta pintu tandas sekolah tersebut.

JPN Pulau Pinang turut memohon mana-mana portal berita atau media menyiarkan video itu supaya memadamkannya.



Menurutnya, ini kerana perbuatan mendedahkan identiti pelajar bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001. FMT

Murid rosakkan harta benda sekolah diarah sertai khidmat komuniti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker