Presiden Warisan sebut ‘satu ekor Cina’, kemudian minta maaf

#PRU15

Presiden Warisan sebut ‘satu ekor Cina’, kemudian minta maaf

Presiden Warisan, Shafie Apdal memohon maaf kerana menggunakan perkataan yang menyinggung masyarakat Cina semasa berkempen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya minta maaf, saya agak emosi.



“Saya minta maaf… saya tidak bermaksud untuk menghina (masyarakat Cina). Saya konsisten dalam memperjuangkan semua kaum tidak kira sama ada mereka Cina, India, Iban, Murut, Kadazan dan kaum lain,” katanya seperti dilapor New Straits Times.

Dia berkata demikian semasa kempen di Kemabong di Tenom, Sabah, hari ini.

Shafie beberapa kali semasa kempennya, membidas Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dengan mengatakan bahawa “satu ekor Cina pun tiada jadi menteri” walaupun menjadi sebuah gabungan politik.

Menurut Shafie lagi, sebagai seorang pemimpin, dia bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat, bukan untuk memburuk-burukkan dan melemahkan semangat sesiapa.



“Saya memohon maaf kepada semua orang dan sebagai seorang manusia dan pemimpin negara, saya tidak berniat jahat untuk menyakiti perasaan sesiapa,” katanya. Mk

Presiden Warisan sebut ‘satu ekor Cina’, kemudian minta maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka



Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker