Adik terkejut jumpa mayat abang dibungkus plastik hitam dalam bonet

Terhidu bau busuk selepas 2 hari hilang

Adik terkejut jumpa mayat abang dibungkus plastik hitam dalam bonet

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai satu kes mengenai seorang individu lelaki yang dijumpai sudah tidak bernyawa dalam bonet kereta.

Malah, beberapa foto dan video memaparkan sebuah kereta dibiarkan tersadai di tepi jalan berhampiran Kampung Lombong, Shah Alam, Selangor tular dan difahamkan sudah beberapa hari berada di tempat itu.



Mesteri mengenai kereta tersadai itu hanyalah terjawab apabila seorang pengguna Facebook mendakwa adik kepada mangsa menemui kereta milik abangnya di kawasan terbabit.

Dakwa adik mangsa, dia menjumpai kereta milik abangnya setelah mencari di sebuah kawasan projek yang dikendalikan oleh mangsa tetapi ditemui dalam keadaan tidak berkunci.

Selain mendapati kereta tidak berkunci, adik mangsa turut menghidu bau busuk di bahagian bonet kereta sebelum membuka dan menemui satu bungkusan yang dipercayai adalah mayat dibungkus dalam plastik hitam.

Dipercayai, mangsa merupakan warganegara asing yang menetap di Saujana Utama, Sungai Boleh, Selangor dan keluar dari rumah untuk mendapatkan gaji daripada manjikan.



Sempat juga beberapa netizen menasihati orang lain agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti harta kekayaan atau kemewahan kerana disyaki kes ‘pembunuhan’ yang terjadi dilakukan oleh individu dikenali dan mangsa juga merupakan pekerja buruh binaan.

Berita terkini, pihak polis telah pun menahan 4 suspek warganegara Indonesia dan disyaki motif pembunuhan adalah disebabkan cemburu.

Adik terkejut jumpa mayat abang dibungkus plastik hitam dalam bonet



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker