Berapa pula kos haji tahun depan?

Berapa pula kos haji tahun depan?

Ketika ini, sudah tentu jemaah haji diselubungi pelbagai perasaan apabila mereka kini bergelar haji dan hajah. Gela­ran itu akan dipanggil oleh kenalan, jiran serta rakan sepejabat sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Sebahagian jemaah haji sudah mula pulang ke Malaysia hari ini dan penghantaran pulang secara berperingkat itu melibatkan 49 penerbangan dari Jeddah sehingga 16 Julai depan.



Selaku petugas media Ta­bung Haji (TH), saya menyaksikan agensi itu sebenarnya sudah berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah.

Namun, segala perancangan itu kadang kala terselit dengan kejadian di luar bidang kuasa mereka.

Sudah tentu TH tak mampu untuk menutup mulut pengkritik yang hanya tahu memberi komen itu ini tanpa berada di dalam kalangan orang yang menguruskan sistem dan berdepan karenah 31,600 manusia.

Lihat kepada perbandingan ini. Kos haji pada 2022 ialah RM28,632 sebelum ia mening­kat kepada RM30,850 pada tahun ini. Sebelum itu, iaitu pada 2021, kos ke Tanah Suci ditetapkan pada RM25,000.



Secara purata, berlaku pe­ningkatan hampir RM3,000 saban tahun. Tetapi perlu diingat ketika itu kedudukan kadar tukaran wang belum jatuh kepada AS$4.66 bagi setiap ringgit seperti apa yang sedang berlaku ketika ini.

Sudahlah tukaran me­nguncup, pengembara ditekan lagi oleh cukai tertentu yang dikutip tanpa belas ihsan kepada pelancong ketika berbelanja.

Bagi mengelakkan ke­adaan ini daripada terus menekan kita, kerajaan perlu mengukuh­kan semula kedudukan ringgit seperti yang telah kita pertahankan sebelum pandemik melanda.

Kenaikan kos bukan sahaja dirasai oleh jemaah tetapi ia juga sudah tentu akan melibatkan TH yang perlu mengeluarkan sebahagian besar peruntukan sebagai bantuan kewangan untuk B40 dan M40. Makanan, penginapan, tenaga kerja dan pengangkutan merupakan antara penyebab kos haji meningkat. Sikap segelintir peniaga yang meletakkan harga sesuka hati pada musim haji mengeruhkan lagi keadaan. Utusan



Berapa pula kos haji tahun depan?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker