Lelaki 22 tahun kahwini majikan 38 tahun dikecam

Seorang lelaki berusia 22 tahun di China dikritik orang ramai selepas memutuskan untuk berkahwin dengan wanita berusia 38 tahun, disebabkan perbezaan usia mereka.

Laman berita Thaiger melaporkan, lelaki itu pernah meninggalkan rumah untuk mengelak dipaksa kahwin oleh ibu bapanya, namun dia mengubah fikiran dalam tempoh setahun.

Pelayan bar itu mengejutkan ibu bapanya selepas membawa pulang calon menantu yang merupakan majikannya. Ibu dan bapanya menyangka wanita itu adalah bakal ibu mentua anak lelaki mereka.



Apabila diberitahu wanita itu adalah calon menantu, ibu bapanya marah dan menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka.

Lelaki itu kemudian berkata: “Saya tidak akan berkahwin melainkan pengantin perempuan adalah dia.”

Ibu bapa lelaki itu akhirnya terpaksa akur dan pasangan itu akhirnya berkahwin.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka menimbulkan kecaman sehingga lelaki itu terpaksa menjelaskan bahawa dia mengahwini majikannya atas dasar cinta.



“Hubungan kami ditentukan oleh takdir, bukan kekerasan seperti  yang diperkatakan semua orang,” jelas lelaki itu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker