Wanita Maut Selepas Minum 4 Botol Air Serentak

Wanita Maut Selepas Minum 4 Botol Air Serentak

Di Washington, seorang wanita meninggal dunia selepas meneguk dua liter air secara serentak ketika cuaca panas.

Menurut laporan New York Post, kejadian tersebut menimpa seorang wanita yang dikenali sebagai Ashley Summer dari Indiana yang sedang bercuti bersama keluarganya pada awal bulan lalu.



Abangnya, Devin Miller menyatakan Ashley telah meneguk 4 botol air dalam masa 20 minit ketika cuaca panas.

Kakak saya, Holly, menelefon saya beritahu Ashley pengsan dan dia kemudiannya dibawa ke hospital.

Dikatakan, ibu kepada dua orang anak tersebut telah meninggal dunia berpunca daripada hyponatremia atau ketoksikan air yang biasanya berlaku apabila jumlah natrium dalam darah berada pada paras kurang normal.

Menurut Doktor Blake Froberg, gejala ketoksikan air secara amnya akan mengalami kekejangan otot, loya dan sakit kepala.



Difahamkan, ketoksikan air membawa maut apabila terlalu banyak air diambil dalam tempoh yang singkat, atau jika buah pinggang menyimpan terlalu banyak air disebabkan oleh keadaan kesihatan yang tidak baik.
Sumber: New York Post

Wanita Maut Selepas Minum 4 Botol Air Serentak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker