4 rentung kereta terbakar di WCE

4 rentung kereta terbakar di WCE

IPOH: Empat lelaki rentung dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga di KM220 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Arah Utara, dekat Sitiawan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihak bomba, menerima panggilan jam 5.11 petang tadi.



“Setibanya di tempat kejadian sebuah kenderaan didapati terbakar dengan lima mangsa, empat mangsa rentung dan seorang selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kereta itu dipercayai terbabas sebelum terbakar.

Sabarodzi berkata semua mangsa merupakan warga tempatan yang bekerja di Lumut dan dalam perjalanan balik ke Ipoh.

Sementara itu mangsa yang terselamat mengalami kecederaan dan dikenali sebagai Shariff Mohammed Sidek Mohammed, berusia 34 tahun.



Manakala identiti mangsa yang rentung belum dikenal pasti. FMT

4 rentung kereta terbakar di WCE

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker