Bantuan Sara Hidup RM300 sebulan untuk veteran tidak berpencen

Bantuan Sara Hidup RM300 sebulan untuk veteran tidak berpencen

Kerajaan bersetuju memanjangkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan kepada Veteran Tidak Berpencen pada usia 60 tahun berbanding sebelum ini hanya dinikmati pada usia 80 tahun.

Keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membincangkan perkara-perkara melibatkan perkhidmatan awam berkaitan penambahbaikan dan kebajikan terutamanya status kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam.



Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, pemanjangan BSH ini berkuat kuasa pada bulan depan dan akan memberi faedah kepada seramai 41,970 golongan itu dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.

Katanya, bantuan berkenaan merupakan kesinambungan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang sebelum ini menerusi Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan RM200 kepada pesara semasa pembentangan Ekonomi Madani yang akan dibayar pada Khamis ini.

“Penjawat awam juga menikmati KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) tambahan khas sebanyak RM100 sejak Januari 2023 serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 dan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 sebanyak RM700 pada awal tahun ini.

“Selain daripada insentif berbentuk kewangan, kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dititikberatkan untuk diberi keutamaan jawatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam bersesuaian dengan pengalaman dan kemahiran mereka semasa dalam perkhidmatan ATM,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Mohd. Zuki berkata, berhubung status kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam, kali terakhir semakan skim itu dilaksanakan pada tahun 2001 dan penambahbaikan gaji tidak dibuat sejak tahun 2013.

Katanya, untuk permulaan, kajian ini akan memberi penekanan kepada kemampanan saraan penjawat awam bagi memastikan upah, gaji dan elaun adalah setimpal dengan tanggungjawab serta seiring dengan peningkatan kos sara hidup.

Sementara kajian ini diteliti, katanya, kerajaan komited untuk membuat penambahbaikan termasuk elemen kemudahan elaun untuk dijadikan sebahagian daripada pembentangan Belanjawan Madani yang akan dibentangkan pada Oktober depan.

“Kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam ini akan melihat secara keseluruhan aspek perkhidmatan penjawat awam meliputi aspek saraan, pembangunan organisasi dan pengurusan bakat untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.



“Ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan penjawat awam yang merupakan tulang belakang kepada negara,” katanya.

Pada masa sama, Mohd. Zuki berikrar beliau dan penjawat awam akan terus komited dalam memastikan setiap dasar dan inisiatif Kerajaan disegerakan serta dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana berpegang kepada lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam. Utusan

Bantuan Sara Hidup RM300 sebulan untuk veteran tidak berpencen

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker