Pemuda maut baiki traktor ‘bergurukan’ laman video

SIRIMONGKHON mati ketika membaiki alat membajak sebuah traktor di Buriram baru-baru ini. – Foto Channel 3

BANGKOK – Seorang pemuda berusia 21 tahun di Thailand hilang nyawa semasa membaiki traktor menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada sebuah laman video popular, lapor portal berita Thaiger semalam.

Seorang kakaknya berkata, dia meminta pemuda itu belajar secara formal sebelum memandu atau membaiki traktor tersebut.

Anggota dari Balai Polis Mueang Buriram dipanggil ke ladang tebu di daerah Mueang, rantau Isaan, selepas dimaklumkan tentang kematian pemuda tersebut, Sirimongkhon Sitchok.

Mereka menemui mayat Sirimongkhon dengan kepala dan lehernya hancur digilis traktor yang dibaikinya.



Sebelum kemalangan  berlaku, enjin traktor dibiarkan hidup ketika dia membaiki peralatan membajak yang terletak di bahagian belakang kenderaan itu.

Semasa selesai membaikinya, traktor itu mengundur dan melanggar mangsa.

Pemilik traktor, Kamchai In-thorn menjelaskan bahawa dia membiarkan Sirimongkhon memandu traktornya kerana ia bukannya kerja yang sukar. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

663.

/].7



11111111kjutyygyjm

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker