2 kad merah beraksi dengan 9 pemain, Malaysia tumpas kepada Vietnam

PHNOM PENH – Hasrat skuad bawah 22 (B-22) negara untuk mara ke peringkat separuh akhir tertutup rapat setelah tewas kepada Vietnam dengan keputusan 1-2 dalam aksi ketiga peringkat kumpulan temasya Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Prince itu, skuad muda Harimau Malaya kendalian E. Elavarasan dikejutkan seawal minit ke-6 selepas pasukan lawan yang juga juara bertahan dihadiahkan sepakan penalti.

Kesempatan tersebut digunakan sebaiknya oleh penyerang utama pasukan Nguyen Van Tung yang menendang masuk bola muntah selepas penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel berjaya menepis bola tepat kearahnya.



Jaringan tersebut menaikkan semangat skuad Naga Emas yang tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan dengan Van Tung sekali lagi menjadi duri dalam daging selepas menanduk masuk gol kedua peribadi pada minit ke-33.

Pemain tengah negara, Aiman Afif menghidupkan harapan skuad negara apabila merapatkan kedudukan 1-2 menerusi gerakan set piece pada minit ke-43.

Bersambung pada babak kedua, Malaysia tampil lebih agresif dan memiliki beberapa peluang terbaik menerusi percubaan tonggak tengah, Najmudin Akmal Kamal Akmal tetapi rembatannya terkena tiang gol.

Nasib Malaysia bertambah malang apabila pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain yang baru dimasukkan, Muhammad Safwan Mazlan atas kekasaran yang dilakukan ke atas penyerang lawan pada minit ke-79.



Keadaan semakin tidak terkawal apabila kini giliran Najmudin diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-82 dengan Malaysia terpaksa beraksi dengan sembilan pemain sehingga tamat perlawanan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker