Remaja bermaksiat di Masjid diberkas

Gambar Hiasan

Lima remaja ditahan polis selepas mereka didapati ‘melepak’ di dalam Masjid An Nur di Batalaiworu, wilayah Sulawesi Tenggara sekitar pukul 11 malam  semalam, lapor portal berita Suara Sulsel.

Lima remaja terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan itu ditangkap polis selepas pengurus masjid terdengar bunyi bising ketika hendak tidur,  menyebabkannya menghubungi penduduk setempat menerusi kumpulan WhatsApp.

“Kami beramai-ramai memeriksa lantai tingkat dua dan menemui mereka memainkan muzik menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok,” kata pengurus masjid itu yang dikenali sebagai Fandi.

Fandi mengaku sudah dua kali mendapati sepasang remaja iaitu seorang lelaki dan perempuan berada di sekitar lingkungan masjid.



Malah, ada yang sempat tidur berdua di belakang masjid dan kotak derma dicungkil, tabung gas dijatuhkan, manakala kabel sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  diputuskan.

Setelah kelima-lima remaja itu ditangkap, dia menghubungi polis yang kemudian menahan mereka. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker