Hong Kong dilanda tsunami Omicron

Ramai golongan tua mendapat rawatan perubatan akibat varian Omicron di hospital-hospital Hong Kong. – Foto AFP

BERADA di bawah selimut dan perisai haba, berdozen-dozen pesakit tua menggeletar di atas pengusung beroda di luar sebuah hospital yang disediakan untuk salah satu daripada komuniti yang paling miskin di Hong Kong.

Ia merupakan satu tamparan yang suram untuk bandar raya itu ketika sistem kesihatannya dibebani dengan gelombang Covid-19 akibat varian Omicron.

“Kami memanggil ini sebagai zon demam. Jangan berada terlalu dekat,” kata seorang jururawat lengkap berpakaian perlindungan kepada AFP yang enggan namanya disiarkan.

Hong Kong kini di ambang wabak Covid-19 yang paling buruk dan rekod jangkitan harian baharu telah menyebabkan hospital-hospital di hab kewangan itu berada di ambang krisis.



Pada Isnin, Pusat Perubatan Caritas di daerah Sham Shui Po mula menyediakan khemah-khemah pengasingan sebagai kemudahan tambahan dengan menempatkan hanya seorang pesakit.

Namun, menjelang matahari terbenam pada Rabu, keseluruhan keluarga telah dimasukkan ke dalam khemah itu dan kira-kira 50 yang lain berada dalam keadaan kesejukan di atas katil hospital.

“Sebahagian daripada rakan saya menyatakan bahawa kita kini berada dalam mod medan perang,” kata David Chan iaitu seorang jururawat lelaki di bilik kecemasan di Pusat Perubatan Caritas yang juga Pemangku Presiden Perikatan Pekerja Pihak Berkuasa Hospital Hong Kong.

“Kami bimbang bahawa keadaan pesakit akan menjadi lebih teruk pada lewat minggu ini,” katanya kepada AFP, menyifatkan situasi tersebut sebagai amat tidak diingini.



Salah satu kebimbangan besar Chan adalah ramalan untuk cuaca hujan.

 

Hong Kong kini mengalami kebanjiran pesakit Covid-19 akibat varian Omicroan. - Foto AFP
Hong Kong kini mengalami kebanjiran pesakit Covid-19 akibat varian Omicroan. – Foto AFP

BOLEH NAIK SAMPAI 28,000

Seperti di Tanah Besar China, Hong Kong telah berpegang kepada strategi sifar Covid-19 yang sebahagian besarnya untuk menjadikan virus tersebut tidak menular tetapi ia menyebabkan hab perniagaan terputus dari dunia luar.



Sehingga wabak yang paling terbaharu ini, semua pesakit telah dirawat di wad pengasingan Covid-19 manakala kenalan rapat pula telah dihantar ke kem kuarantin.

Bagaimanapun, varian Omicron yang mudah berjangkit itu telah menyebabkan pihak berkuasa terdedah pada kelemahan dalam rancangan untuk menangani wabak utama tersebut.

Pada Rabu, kes harian mencecah rekod 4,285 jangkitan dengan tambahan 7,000 positif di bandar raya yang padat dengan penduduk seramai 7.5 juta orang.

Sebelum gelombang terkini itu, Hong Kong mencatatkan lebih 12,000 kes sejak awal pandemik Covid-19 melanda.



Pakar kesihatan menyatakan bilangan kes pada setiap hari boleh meningkat kepada 28,000 menjelang Mac depan.

Golongan yang lebih terdedah adalah orang-orang tua.

Walaupun bekalan vaksin mencukupi, hanya 43 peratus daripada mereka yang berumur 70 hingga 79 tahun dan 26 peratus yang berusia lebih daripada lebih 80an memilih untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Pada minggu lepas, kerajaan berkata, penduduk yang mempunyai kes-kes ringan boleh mengasingkan diri di rumah tetapi pada Rabu, terdapat 12,000 orang yang menunggu untuk dimasukkan ke hospital.



Di Pusat Perubatan Caritas itu, kehadiran ramai pesakit tersebut menyebabkan kakitangan-kakitangan perubatan berasa letih, tertekan dan tidak berdaya, kata Chan.

“Ia amat menyakitkan bahawa kita telah bekerja tanpa henti tetapi kita masih tidak dapat menjaga setiap pesakit dengan baik,” katanya kepada AFP sambil menambah bahawa krisis ketika ini mengatasi apa yang mereka hadapi pada awal pandemik tersebut.

“Ketika (awal pandemik) itu, kita tidak mengetahui tentang virus (Covid-19) dengan baik dan kami pula mengalami kekurangan peralatan,” katanya.

“Dua tahun kemudian, kita menjangkakan Pihak Berkuasa Hospital akan mempunyai rancangan yang lebih baik tetapi ternyata ia tidak mempunyainya,” tambahnya.



TOLAK LOCKDOWN

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam menolak ‘lockdown’ cara China dilaksanakan bagi mengekang Covid-19 di pulau tersebut.

Namun, media-media yang dikawal Beijing menyiarkan perintah daripada Presiden China, Xi Jinping yang memberitahu pihak berkuasa Hong Kong untuk mengambil semua langkah yang perlu bagi mengawal wabak itu.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada Hong Kong akan dapat kembali kes sifar Covid-19 memandangkan peningkatan bilangan jangkitan di wilayah tersebut.

Kerajaan telah membuka klinik sementara Covid-19 dan merancang untuk membina sebuah hospital mega Covid-19 sementara.

Ia juga merancang untuk mendapatkan 3,000 unit apartmen perumahan awam yang tidak diduduki dan sedang mengkaji sama ada hotel boleh menempatkan sebahagian kes pesakit Covid-19.

Golongan profesional penjagaan kesihatan telah lama memberi amaran bahawa hospital-hospital awam Hong Kong telah mengalamai kekurangan dana dan tidak bersedia untuk menghadapi lonjakan kes Covid-19.

“Kini, dengan penyakit yang lebih berjangkit, teruk daripada selesema, dan kakitangan (perubatan) terdedah pada kuarantin, hospital-hospital Hong Kong ialah ‘istana’ ketika (Omicron) tsunami,” ciap Siddharth Sridhar iaitu seorang ahli mikrobiologi di Universiti Hong Kong menerusi Twitter baru-baru ini. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker