Presiden Cuepacs lahirkan kekecewaan terhadap Belanjawan 2023

 

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2023 yang tidak menyentuh tentang kenaikan gaji kakitangan awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini, dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

“Tiada sebarang komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup.

“Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang naik dengan begitu mendadak terutama melibatkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Adnan berkata inisiatif kerajaan memberikan pengurangan cukai pendapatan individu sebenarnya tidak memberi kesan yang besar kepada pendapatan boleh guna rakyat terutama penjawat awam.

“Lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300 melalui pengurangan cukai ini tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat di luar sana.

“Penjawat awam ketika ini mengharapkan sebuah sistem saraan yang baharu memandangkan sistem saraan perkhidmatan awam yang digunapakai ketika ini sudah lama tidak dikaji iaitu sejak November 2002 dan tidak sesuai lagi dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kunci kepada negara untuk keluar daripada kancah kos sara hidup ini ialah dengan kaedah meningkatkan gaji dan upah pekerja disamping melaksanakan langkah-langkah mengawal kenaikkan kos sara hidup,” katanya.

Presiden Cuepacs itu berkata, pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan penjawat awam juga tidak diberi tumpuan dalam belanjawan kali ini.

Katanya, kerajaan sewajarnya memperkenalkan semula program perumahan mampu milik untuk penjawat awam seperti sebelum ini.

“Konsep rumah mampu milik seperti Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang dikhususkan kepada anggota ATM (sebelum ini) perlu diperluaskan kepada semua penjawat awam.

“Penjawat awam tidak meminta perumahan percuma kerana kami sanggup membelinya tetapi harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam,” katanya.

Adnan berkata pihaknya berharap kerajaan masih terbuka untuk memperhalusi semula permintaan warga penjawat awam terutama dalam hal-hal yang melibatkan permasalahan kos sara hidup.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kerajaan mahu mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam namun sehingga kini tiada apa-apa perkembangan atau khabar gembira yang diterima.

“Adalah besar harapan penjawat awam sekiranya kerajaan dapat mempertimbangkan pandangan dan keluhan kumpulan yang selama ini memberi sokongan yang penuh kepada agenda serta aspirasi kerajaan,” katanya.

Dia bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas inisiatif kerajaan untuk meneruskan kebenaran penebusan awal gantian cuti rehat sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari serta pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM700.

Bantuan itu diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Inisiatif ini merupakan perkara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini dan kekal diteruskan oleh kerajaan semasa,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker