Ali Puteh mahu netizen ‘puaka’ jumpa berdepan

“Ada netizen masih komen benci, tamak harta…” – Ali Puteh mahu netizen ‘puaka’ jumpa berdepan

PELAWAK Ali Puteh tampil membalas dakwaan dan kecaman yang dilontarkan oleh netizen susulan isu hak pemilikan harta arwah Abam.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memuat naik hantaran di Instagram yang mencabar mereka yang tidak berpuas hati untuk tampil berdepan dengannya.



“Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah Abam. Jawapan yang saya boleh bagi adalah, ‘setting’ (tetapkan) tempat, beritahu di mana, saya datang jumpa, baru sedap kopi-kopi,” ujarnya.

Tambahnya, dia tiada niat untuk bersikap riak mahupun ingin bergaduh, namun sering kali berdepan dengan mereka yang berani berkata di sebalik alam maya sahaja.

“Cuma nak jumpa dan berborak. Jangan komen-komen tak sedap. Sebab sudah banyak kali ke balai jumpa netizen tentang kes ini. Apabila depan polis semua comel belaka macam anak kucing. Masa komen macam harimau, bila jumpa semua macam bayi ala-ala comel.

“Ingat tau, bukan nak bergaduh. Cuma selesa cakap berdepan lagi syok. Harap mana yang saya pernah jumpa di balai tu munculkan diri komen okey.



“Ada video semua cuma tak nak disebarkan malu pada netizen yang saya jumpa macam kucing tu. Cuma pesan berpada-padalah bila komen. Nak kepastian ke apa ke, tetapkan tempat, kita kopi-kopi,” ujar Ali.

Terdahulu, Ali membuat tindakan saman terhadap kakak ipar, Nor Hidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Keputusan itu dilakukan sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlan terkumpul mencecah RM900,000.

Allahyarham Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya yang terletak di Gombak, Selangor akibat demam panas. Utv



Ali Puteh mahu netizen ‘puaka’ jumpa berdepan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)



Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker