Askar Russia mengaku bunuh penduduk awam dipenjara seumur hidup

SHISHIMARIN mengaku bersalah membunuh seorang penduduk awam Ukraine dalam perbicaraan pada minggu lalu.

KIEV – Seorang askar Rusia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas dia mengaku membunuh seorang penduduk awam Ukraine berusia 62 tahun dalam perbicaraan jenayah perang pertama berhubung konflik tersebut, lapor laman berita Sky News semalam.

Sarjan Vadim Shishimarin menembak lelaki itu melalui tingkap sebuah kereta yang terbuka di Kampung Chupakhivka, sekitar 137 kilometer dari Kharkiv.

Dia yang merupakan komander kereta kebal berusia 21 tahun, mengaku bersalah di sebuah mahkamah daerah Kiev kerana melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki itu pada 28 Februari lalu, empat hari selepas pencerobohan Moscow.

Shishimarin tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hukuman dibacakan semalam.



Pendakwa raya Ukraine menyatakan bahawa dia bersama empat askar Russia lain telah melepaskan tembakan dan mencuri sebuah kereta untuk melarikan diri selepas unit kereta kebal mereka menjadi sasaran tembakan tentera Ukraine.

Apabila  tiba di Chupakhivka, sekitar 321 kilometer ke timur Kiev, mereka melihat seorang lelaki mengayuh basikal sambil  bercakap menggunakan telefon bimbitnya.

Shishimarin diarah membunuh orang awam itu oleh seorang askar lain untuk menghalang mangsa daripada memberi amaran tentang kehadiran tentera Russia di kampung tersebut.

Dia membunuh lelaki itu dengan melepaskan tembakan yang mengenai kepala mangsa melalui tingkap kereta.



Shishimarin didakwa di bawah seksyen kod jenayah Ukraine  mengenai undang-undang perang. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker