Susah jadi gedik – Siti Khadijah

Susah jadi gedik – Siti Khadijah

Aktres Siti Khadijah Halim mengakui tidak mudah untuk menjayakan watak seorang wanita gedik yang dilakonkannya dalam drama Segenap Takdir.

Siti memberitahu, karakter Haryani iaitu seorang wanita yang manja adalah sangat kontra dengan keperibadiannya yang sebenar.



“Memang agak susah nak jayakan watak perempuan perempas kemudian gedik pula sebab itu sangat berbeza dengan diri saya yang sebenar.

“Sebab itu kadang-kadang nampak kekok dan pelik sebab saya bukan wanita begitu namum menerimanya untuk mencabar kemampuan diri sebagai seorang pelakon,” katanya.

Dalam pada itu, menjayakan watak antagonis juga tidak membuatkan Siti terlepas daripada menerima sebarang komen negatif daripada penonton.

“Sebelum ini saya pernah lakonkan watak sebegini tetapi sekarang orang baru sedar.



“Sebenarnya penonton tidaklah lempar kecaman teruk seperti karakter antagonis lain dan kebanyakannya hanya berasa geram-geram manja sahaja.

“Komen paling buat saya terhibur ialah ‘kalau hendak gedik, perlu jadi cantik dahulu seperti Sit Khadijah, baru okey’, kongsi pelakon drama Sekali lagi Cinta Kembali itu.

Selain Siti Khadijah, Segenap Takdir arahan Eoon Shuhaini itu turut dibintangi Niezam Zaidi dan Zara Zya. K Online

Susah jadi gedik – Siti Khadijah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?



Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….

Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker