Caprice Tuntut Najib Minta Maaf Sebelum Buat Repot Polis Kerana Ganggu Isterinya [VIDEO]

Caprice Tuntut Najib Minta Maaf Sebelum Buat Repot Polis Kerana Ganggu Isterinya [VIDEO]

PENYANYI rap Ariz Ramli atau Caprice berang dan kurang senang apabila isterinya iaitu Farra Inalis diganggu seorang lelaki pada tengah malam.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Caprice, 34, mendedahkan paparan skrin mesej individu tersebut yang memuji gambar selfie atau swafoto isterinya.

Oleh yang demikian, dia memberi tempoh selama 24 jam untuk individu itu mencarinya dan memohon maaf secara bersemuka.



“Mesej isteri saya pada tengah malam ‘I like your selfies’. Anda sangat bodoh ke? Pertama sekali, kalau anda nak benci saya, benci saya seorang saja.

“Tapi bila awak mula kacau isteri dan anak saya, atau hubungi isteri saya waktu malam, itu dah melangkaui batas kehidupan peribadi saya sebab kita dah mula fikir, tentang dia punya keselamatan.

“Keselamatan isteri dan anak saya. Jadi, Najib… awak ada masa 24 jam untuk cari Caprice dan mohon maaf depan-depan.

“Pertama kali awak mesej isteri saya, kita fikir mungkin mamat ini gila dan kita beri amaran, jangan kacau isteri saya. Tapi tidak, hari ini dia mesej isteri saya dan jangan main gila terutama melibatkan keluarga,” tegas Caprice.



Dalam pada itu, menerusi ruang komen di perkongsian itu, Ariz memberitahu individu tersebut mendapat nombor telefon isterinya ketika wanita itu bekerja menjual produk rumah.

“Perniagaan Elis dulu jual Coway, jadi nombor itu ada dekat beberapa pages. Sekarang digunakan untuk jual produk dia juga,” balas Ariz kepada netizen yang bertanya.

Sementara itu, Ariz juga menjelaskan tujuan dia mendedahkan perkara itu disebabkan bimbang dengan keselamatan isteri dan anaknya serta merancang untuk membuat laporan polis.



“Dia sudah melangkaui batas. Pertama sekali saya fikir macam mana keselamatan mereka… takkan nak pasang boduyguard untuk isteri dan anak pula. Tak sangka ada orang macam ini,

Isteri saya akan buat laporan polis,” katanya.

Untuk rekod, Ariz mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak satu iaitu Farra pada November tahun lalu.



Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil daripada perkahwinan terdahulu.-mSTAR

Caprice Tuntut Najib Minta Maaf Sebelum Buat Repot Polis Kerana Ganggu Isterinya [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker