Kawah digelar ‘mulut ke neraka’ di Siberia semakin melebar

Kawah ini dipercayai penduduk setempat sebagai pintu masuk ke alam lain. – LadBible/GoogleEarth

SIBERIA – Penduduk sebuah bandar di Siberia mengesan sebuah kawah gergasi yang semakin melebar dan kelihatan seolah-olah ‘menyedut’ semua yang berada di sekitarnya, lapor laman berita LadBible.

Terletak di bandar Batagay, Yakutia, kawah digelar ‘mulut ke neraka’ itu dipercayai penduduk setempat sebagai pintu masuk ke alam lain.

Keluasan kawah tersebut mula diukur pada tahun 1980-an dan sehingga kini, ia mempunyai panjang kira-kira 1 kilometer dan sedalam 86 meter.

Para saintis percaya bahawa keadaan bentuk muka bumi itu terjadi akibat tanah permafros yang cair, yang telah beku ketika Zaman Ais Kuarter, kira-kira 2.58 juta tahun lalu, lapor akhbar The Daily Mirror.



Apabila kawasan hutan itu ditebang pada tahun 1960-an, sinaran matahari mengenai tanah lalu memanaskan bahagian tersebut.

Ais di dalam tanah mula mencair dan ia menyebabkan tanah menjadi padat, ‘mengecut’ dan tenggelam.

Saintis-saintis meramalkan lebih banyak keadaan ‘mulut ke neraka’ akan terjadi di seluruh dunia disebabkan kesan pemanasan global. – AGENSI

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker