Kajian saintis buktikan nyamuk tertarik pada bau kulit manusia

LONDON: Mengikut satu kajian ke atas pasangan kembar, DNA seseorang adalah faktor utama menjadikan mereka lebih disukai serangga kecil.

Kajian itu mengenal pasti gen terbabit dan mampu membantu saintis menghasilkan racun nyamuk.

Saintis sudah menemui mengapa nyamuk lebih tertarik kepada individu tertentu berbanding individu lain dan mereka percaya seseorang yang diserang itu patut menyalahkan ibu bapa sendiri.



Buat kali pertama, saintis menemui sebab genetik mengapa segelintir daripada kita seolah-olah menjadi ‘magnet’ kepada nyamuk, mengikut kajian perintis oleh Fakulti Kebersihan dan Perubatan Tropika London. Ia diterbitkan dalam edisi terbaru majalah sains, PLOS ONE.

Untuk mengenal pasti punca itu, saintis melepaskan nyamuk Aedes dalam tiub yang terbahagi kepada dua bahagian. Serangga itu diberikan pilihan untuk memilih bahagian mereka.

Pada hujung setiap tiub adalah sepasang kembar manusia. Lapan belas kembar seiras dan 19 kembar tak seiras menawarkan diri secara sukarela sebagai habuan nyamuk.

Saintis terbabit memerhatikan, pasangan kembar seiras memiliki tarikan sama daripada nyamuk, sementara kembar tak seiras mempunyai tarikan berbeza.



Mereka mengatakan wujud komponen magnetik yang menarik perhatian serangga itu.

Kembar seiras mempunyai gen sama. Namun kembar tak seiras memiliki gen berbeza. Gen terbabit menjadikan manusia menjadi daya penarik kepada nyamuk menerusi bau mereka terhadap serangga itu.

Kajian itu menyokong kajian terdahulu yang menunjukkan bau badan memainkan peranan. Ia mendapati mereka yang mempunyai lebih banyak bakteria tertentu pada kulit akan menjadi sasaran.

Sama seperti mereka dengan darah jenis O, dikaitkan dengan bauan tertentu pada peluh mereka.



Hal ini juga ditemui dalam kes wanita hamil, apabila suhu purata tubuh meningkat kepada 1.26 darjah Celsius menyebabkan wanita itu lebih mudah berpeluh.

Begitu juga individu yang mempunyai berat badan berlebihan, mereka menjadi faktor tarikan kepada nyamuk. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka



Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker