Ustaz Don bersama kita – Pengacara Salam Baitullah

Ustaz Don bersama kita – Pengacara Salam Baitullah

Program Salam Baitullah yang disiarkan secara langsung malam ini berlangsung tanpa kehadiran Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Rancangan itu yang sinonim dengan musim ibadah haji dilihat hanya dikendalikan oleh dua pengacara iaitu Fakhrul Radhi (UNIC) dan Imam Muda Megat Mohd. Zaid.

Pada pembukaan program, kedua-dua pengacara akui berasa seakan hilang semangat susulan ketiadaan pengacara bersama iaitu Ustaz Don Daniyal.

“Rasa macam hilang semangat sedikit, rakan kita Ustaz Don tak dapat bersama pada malam ini tapi dia kirim salam kepada semua penonton.

“Hilang beliau di sini sahaja tapi dalam hati, Ustaz Don sentiasa bersama kita,” kata Fakhrul dan Imam Muda Megat.

Terdahulu, Ustaz Don dilapor direhatkan daripada program tersebut ekoran terpalit dengan beberapa kontroversi mengaitkan dirinya.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, Ustaz Don ‘direhatkan’ untuk meredakan keadaan yang tegang di platform media sosial.

Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan status hadis riwayat cinta pertama Rasulullah SAW berkaitan kisah Ummu Hani’ dimana penceritaan Ustaz Don dianggap lemah dan hadis digunakan adalah tidak bersumber. K Online

Ustaz Don bersama kita – Pengacara Salam Baitullah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker