Hanya 20% dari lebih 1,000 juruterbang dalam negara masih bekerja. – DS Ahmad Zahid Hamidi

Semalam saya dimaklumkan oleh seorang juruterbang bahawa terdapat lebih 1,000 juruterbang dalam negara, namun hanya 20% daripada mereka masih bekerja. Kata beliau, selebihnya terpaksa “tanam anggur dan tanam jagung” selepas diberhentikan, dipotong gaji atau diarah ambil cuti tanpa gaji. [tidak tanam yang dilarang]

Itu belum termasuk pramugara dan pramugari serta kakitangan lain yang mungkin turut terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya tidak mempunyai statistik lengkap tentang perkara ini, tetapi realiti semua mengetahui para juruterbang antara yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Ada dalam kalangan mereka kini menjadi penjaja, pemandu lori, menjual ikan dan sebagainya. Sebahagian cerita mereka pernah pun disiarkan pihak media. Situasi hampir sama dialami ramai pekerja sektor lain yang turut terjejas. Menanggung keperluan harian diri dan keluarga.

Juruterbang itu beritahu, nasib para juruterbang yang terjejas kian tersepit apabila moratorium tambahan berakhir bulan lalu. Manakala duit simpanan yang mereka ada semakin berkurangan.

Namun yang menjadi kemusykilan, nasib para juruterbang ini agak kurang diperkatakan oleh pihak berwajib tentang usaha-usaha untuk terus membantu mereka.



Itu belum tentang graduan akademi penerbangan dan kadet yang perlu melunaskan hutang pengajian ratusan ribu ringgit. Bagi saya, seperti mana nasib kebanyakan anggota masyarakat, golongan juruterbang juga perlu dibela kerana mereka juga merupakan aset penting negara.

Selain itu, saya turut ditarik perhatian semua kapal terbang yang “under-used” perlu dihantar balik kepada “lessor”.

Jika tidak semua kapal perlu diselenggara oleh jurutera untuk mengelakkan daripada karat, burung bersarang dan “wear and tear” kerana lama tidak dipakai, tersadai tanpa diselenggara.

Bimbang apabila kapal beroperasi semula nanti akan mendatangkan masalah teknikal.



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO Malaysia

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/2003452339793333

Juruterbang senior tidak puas hati pakej pemberhentian AirAsia

Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker