Kini JoHaRaRy! Sherry Al-Hadad Sertai ERA Sebagai Penyampai Radio

Selepas trio segmen pagi stesen radio ERA, JoHaRa yang dikendalikan Johan, Haniff dan Ray bakal melakar sebuah lembaran baharu bermula 1 Mac ini.

Sherry Al-Hadad Sertai ERA

Menerusi sebuah kenyataan media, segmen pagi itu bakal diserikan lagi dengan kehadiran pelakon, pelawak dan pengacara Sherry Al-Hadad sebagai salah seorang penyampai radio. Dengan kehadiran Sherry, segmen tersebut yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi bakal dikenali sebagai JoHaRaRy.

Difahamkan, terdapat juga beberapa pengisian lain yang akan diceriakan oleh keempat-empat mereka seperti Sketsa JoHaRaRy, Spontan ERA,dan Sam Leper. Selain itu, pendengar juga bakal dihiburkan dengan perbincangan santai mengenai topik seperti muzik, hiburan serta gaya hidup semasa bersama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ di radio ERA kelak.

Erman Zaki, Pengurus Kandungan ERA berkata, bukan sahaja penyampai baharu, pendengar juga bakal dihidangkan dengan pengisian yang lebih menarik dan perbincangan pelbagai topik menarik secara santai.
“Dengan pengalaman Sherry sebagai seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV tempatan, peminat-peminat ERA boleh menantikan segmen pagi yang memang ‘Ekstra Mantul’ dengan keserasian bersama personaliti-personaliti yang sedia ada.
“Kami berterima kasih kepada semua peminat ERA atas sokongan mereka yang menjayakan radio ERA sebagai jenama radio No. 1 di Malaysia dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan yang relevan dan menghiburkan buat demografik peminat-peminat ERA,” kata Erman lagi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker