Lelaki Arab 63 tahun kahwin 53 kali

Lelaki Arab 63 tahun kahwin 53 kali

Seorang lelaki Arab Saudi mendakwa sudah berkahwin sebanyak 53 kali, lapor Gulf News.

Menurut lelaki yang berusia 63 tahun itu, matlamatnya berkahwin adalah untuk kestabilan dan ketenangan fikiran, bukannya kerana kepuasan peribadi.



Ketika ditemu bual stesen televisyen tempatan MBC, lelaki itu berkata dia kini hanya mempunyai seorang isteri dan tidak berhasrat untuk berkahwin lagi.

“Apabila saya berkahwin kali pertama, saya tidak merancang untuk berkahwin dengan lebih seorang wanita kerana saya berasa selesa dan mempunyai anak-anak,” katanya.

Namun, lelaki itu berkata, masalah berlaku dan dia memutuskan untuk berkahwin lagi pada usia 23 tahun dan memaklumkannya kepada isteri pertama saya.

Lelaki dikenali sebagai Abu Abdullah itu berkata, berlaku masalah antara isteri pertama dan kedua, menyebabkan dia berkahwin untuk kali ketiga dan keempat.



Menurut Abu Abdullah, dia kemudian menceraikan isteri pertama, kedua dan ketiganya.

Dia mendakwa, alasan berkahwin banyak kali itu adalah kerana untuk mencari isteri yang boleh membahagiakannya dan berkata, dia berusaha untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya.

“Saya berkahwin dengan 53 wanita sepanjang tempoh yang lama. Pertama sekali, ketika usia saya 20 tahun dan wanita itu enam tahun tua daripada saya,” katanya.

Abu Abdullah berkata, tempoh perkahwinannya yang paling singkat adalah semalam.



“Setiap lelaki di dunia ini mahukan seorang wanita dan kekal bersamanya sehingga selamanya. Kestabilan tidak boleh didapati daripada wanita muda, tetapi wanita yang lebih berusia,” katanya.

Lelaki itu berkata, kebanyakan perkahwinannya adalah dengan wanita Arab Saudi.

Bagaimanapun, dia pernah berkahwin dengan wanita asing ketika lawatan perniagaan ke luar negara.

“Saya selalunya tinggal di luar negara untuk tempoh antara tiga dan empat bulan. Jadi, saya berkahwin untuk mengelakkan maksiat,” katanya. HM



Lelaki Arab 63 tahun kahwin 53 kali


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin



Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker