Orang luar cuba hancurkan Umno dengan guna orang dalam parti

Orang luar cuba hancurkan Umno dengan guna orang dalam parti

Desakan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan adalah usaha pihak luar untuk menghancurkan Umno, kata veteran Umno.

Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata pihak luar ini menggunakan orang dalam Umno bagi menjatuhkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.



“Berterus terang saya katakan, presiden tak disukai bukan saja orang luar, bukan saja CIA, bukan KGB, tapi orang luar daripada Umno yang berusaha nak menghancurkan umno.

“Orang-orang luar ini mengunakan orang dalaman Umno untuk mengalahkan Zahid, ini yang kita tak mahu,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mustapha yang berucap mewakili veteran Umno dilihat menahan sebak ketika berucap mempertahankan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Dalam ucapannya, Mustapha berkata ia bukan soal Zahid mahupun Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, sebaliknya ia membabitkan kepentingan parti.



Katanya adalah tidak adil untuk mncabar Zahid ketika dia berusaha mempertahankan kelangsungan Umno ketika parti tewas pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

“Veteran Umno sedari awal setelah kita kalah dalam PRU ke-15, membuat pendirian veteran berasa tak ada kepentingan, tak ada keperluan utk berlaku pertandingan untuk jawatan dua tertinggi.

“Kenapa? Adakah sebab saya suka kan Zahid? Adakah sebab saya suka kan Mat hassan? Itu bukan sebab veteran, itu sebab veteran fikirkan Umno,” katanya lagi. Mk

Orang luar cuba hancurkan Umno dengan guna orang dalam parti



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker