Saya bukan anti poligami – Puteri Sarah

Saya bukan anti poligami – Puteri Sarah

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, menepis dakwaan anti poligami susulan kenyataan tidak rela bermadu selepas suaminya, Syamsul Yusof membuat pendedahan bernikah dengan Ira Kazar, baru-baru ini.

Puteri Sarah menyifatkan, keputusannya memfailkan perceraian, Isnin ini dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.

“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami.

“Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.

“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu berkata, selain nekad memfaikan perceraian, dia juga reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya.

“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.

“Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.

“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda.

“Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” ungkap Puteri Sarah.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3. BH

Saya bukan anti poligami – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker