Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

GOMBAK: Tular di laman sosial video individu mengutip beberapa naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni, di sini.

Menerusi video berkenaan, individu yang merakam menunjukkan anak lelakinya berada dalam longkang untuk mengutip al-Quran yang dibuang.



Sementara itu, seorang lagi lelaki dilihat menyusun al-Quran yang dikeluarkan daripada longkang berkenaan.

Ada al-Quran sudah terkoyak kulit muka depannya manakala yang lain dalam keadaan baik.

Lelaki yang merakam video turut meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang tergamak melakukan perbuatan berkenaan.

“Tengok la zaman sekarang akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita.



“Mana yang buat kerja, dia orang buang al-Quran di dalam longkang.

“Tak tahu mana punya manusia. Tak nak baca pun simpanlah. Menitik air mana, Subhanallah!,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit bukan di bawah kawasan JAIS.

“Untuk makluman, lokasi berkenaan adalah bukan di bawah kawasan JAIS, tetapi di bawah kawasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).



“Kawasan ini berdekatan dengan pasar borong Selayang dan longkang berhampiran kawasan lombong Seri Murni.

“Sehubungan dengan itu, pihak JAIS telah memaklumkan kepada JAWI untuk melakukan siasatan lanjut berhubung
perkara itu,” demikian menurut JAIS.
BH

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker