Perlantikan Kabinet baharu, MB Terengganu ucap tahniah

KUALA NERUS – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakam ucapan tahniah atas pelantikan jemaah menteri baharu dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, tiada ulasan khusus yang diberikan oleh beliau selepas rombakan Kabinet itu dilaksanakan pada Selasa.

“Saya tiada komen khusus cuma saya ucapkan tahniah dan ‘good luck’ kepada mereka yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri yang baharu atau pun yang lama, yang dikekalkan,” katanya ringkas.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Exclusive Meet & Greet With World Championship FIM Mini GP 2023 di Litar Permotoran Terengganu, di sini, pada Rabu.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker