Anggota badan manusia ditemui dalam perut 2 buaya

Anggota badan manusia ditemui dalam perut 2 buaya

Lelaki warga Australia yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pergi memancing ditemui maut dibaham buaya.

Polis hari ini berkata mayat Kevin Darmody, 65, ditemui di dalam perut dua buaya di utara Queensland.



Hasil pemeriksaan menemui anggota tubuh manusia dalam badan pemangsa terbabit, kata polis.

Ketika kejadian, mendiang bersama ahli kumpulan yang menyertai ekspedisi berkenaan dikatakan menghalau buaya di kawasan itu, sebelum memulakan aktiviti memancing.

Inspektor Cairns, Mark Henderson, berkata pemancing lain bersama pengurus sebuah pub kemudian terdengar jeritan kuat, diikuti percikan air.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai tragik, selain menjelaskan mendiang yang berasal dari Laura di Queensland, sebagai insan yang sangat baik.



Renjer kemudian menggunakan senapang untuk menembak dan membunuh dua buaya, masing-masing berukuran kira-kira 4.2 meter (m) dan 2.8m yang ditemui di hulu sungai Taman Negara Lakefield.

Sementara itu, Jabatan Hidupan Liar Queensland menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan kehadiran buaya.

“Kawasan ini terkenal dengan buaya, terutama di perairan Lakefield yang diisytiharkan khusus bagi pemuliharaan reptilia berkenaan,” katanya. BH

Anggota badan manusia ditemui dalam perut 2 buaya



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker