Pelancong kena raba 50 kali, Polis tak terima aduan – Allaudeen

Pelancong kena raba 50 kali, Polis tak terima aduan – Allaudeen

Polis Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan seorang wanita warga asing diraba 50 lelaki ketika berjalan di ibu negara dalam masa satu hari.

Ia susulan seorang bekas wartawan warga asing menerusi laman media sosial X berkongsi pengalaman mengejutkan, mendakwa terpaksa berdepan dengan 50 lelaki tempatan yang cuba meraba payudaranya ketika sedang berjalan dari Pasar Seni ke sebuah hotel di sini.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pemilik akaun tersebut diminta tampil ke mana-mana balai polis untuk membuat laporan berhubung dakwaan tersebut.

Kata beliau, sekiranya tidak bertindak demikian, kenyataan wanita tersebut hanyalah fitnah yang tidak berasas selain secara tidak langsung memburukkan nama Kuala Lumpur.

“Kalau betul ada kejadian (seperti didakwa) buat laporan polis. Jangan sebarkan perkara yang tidak benar dan tidak berasas.

“Ini (dakwaan diraba 50 kali sehari) hanya menimbulkan rasa gusar dan ketakutan orang awam,” katanya kepada Kosmo!.



Kena raba setiap 2 minit di Kuala Lumpur, dakwa wanita Amerika

Menurut Allaudeen, tiada tindakan juga diambil setakat ini terhadap wanita itu kerana tiada laporan diterima berkaitan kenyataan dikeluarkannya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan wanita terbabit turut mendakwa, wanita berkulit putih tidak selamat berjalan kaki di Kuala Lumpur kerana berpotensi dicabul bagi setiap dua minit.



Dakwaan tersebut susulan kisah tular pasangan pelancong asing yang bukan sahaja dipukul, malah teman wanitanya juga dirogol bergilir-gilir ketika berada di India.

“India bukan satu-satunya tempat seperti ini. Seorang wanita kulit putih yang berjalan melalui Kuala Lumpur boleh menjangkakan payudaranya diraba kira-kira setiap dua minit,” katanya menerusi satu ciapan di aplikasi X.

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat



Dia kemudiannya berkongsi pengalaman berdepan dengan 50 lelaki yang dikatakan cuba meraba payudara miliknya ketika sedang berjalan dari Pasar Seni ke sebuah hotel di ibu kota.

Katanya lagi, dia pernah tinggal di Kuala Lumpur selama lapan tahun dan sentiasa diganggu begitu, sama seperti rakan wanitanya lain yang juga berkulit putih.

Susulan itu katanya, dia berpindah ke Singapura dan mula bawa payung besar serta memukul sesiapa sahaja yang memegang payudaranya. K Online

Pelancong kena raba 50 kali, Polis tak terima aduan – Allaudeen



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker