Banjir di Kelantan, Terengganu makin buruk

KOTA BHARU: Terengganu dan Kelantan terus dibadai banjir dengan jumlah mangsa di kedua-dua negeri terus meningkat kepada 11,736 orang susulan cuaca buruk sejak tiga hari lalu.
Di Terengganu, jumlah mangsa melonjak kepada 5,722 orang dalam tempoh lapan jam berbanding 4,419 orang direkodkan pagi kelmarin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 4 petang semalam, kesemua mangsa melibatkan 1,736 keluarga ditempatkan di 102 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di kesemua lapan daerah.

Katanya, tiga daerah kini mencatatkan mangsa melebihi 1,000 orang iaitu di Kemaman, dengan seramai 1,924 manakala di Setiu (1,039) dan Hulu Terengganu (1,001).



“Di Dungun, seramai 804 mangsa ditempatkan di 11 PPS diikuti Besut (709 orang), Kuala Nerus (202 orang), Kuala Terengganu (38 orang) dan Marang (5 orang).

“Jumlah mangsa banjir terus mencatatkan naik berikutan hujan masih lebat di kebanyakan daerah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, di Kelantan tujuh daripada 10 jajahan ditenggelami bah dengan 62 PPS sudah diaktifkan bagi menempatkan 6,014 mangsa daripada 1,964 keluarga.

Setakat pukul 4.30 petang semalam, jajahan paling teruk ialah Pasir Mas diikuti Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.



Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu 2,136 orang diikuti Kuala Krai 923 orang dan Tanah Merah 406 orang.

Kerajaan negeri menerusi eBanjir.Kelantan.gov.my melaporkan Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya iaitu masing-masing mencecah 26.59 meter dan 10.71 meter.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui bencanaalam.jkr.gov.my pula memaklumkan dua kejadian cerun runtuh dilaporkan iaitu di Jalan Felda Kemahang, Tanah Merah serta Jalan Pasir Era-Temangan, Kuala Krai Jalan Felda Kemahang dibuka satu lorong kepada semua kenderaan manakala Jalan Pasir Era-Temangan masih ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Jalan utama

Selain itu, sekurang-kurangnya 14 jalan utama dilaporkan ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana telah ditenggelami air sehingga satu meter.



Antaranya, Jalan Gual Tok Deh, Jalan Banggol Kulim, Jalan Pengkalan Rakit, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Pasir Mas, Jalan Tanah Merah – Kusial, Tanah Merah; Jalan Bukit Sireh – Kuala Nal, Kuala Krai dan Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Machang.
Turut ditutup kepada semua jenis kenderaan, Jalan Semerak di Pasir Puteh dan Jalan Kota Bharu – Pasir Mas – Rantau Panjang di Tumpat.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi Perak, Kelantan dan Terengganu.

Menerusi ciapan di akaun rasminya di semua laman sosial, MetMalaysia menjelaskan cuaca buruk dijangka melanda lima negeri iaitu di daerah Hulu Perak, Perak; daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu.

MetMalaysia, juga meramalkan hujan berterusan berlaku di Perlis; Kedah; Pulau Pinang; daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar; serta daerah Dungun dan Kemaman, Terengganu.- UTUSAN



Banjir di Kelantan, Terengganu makin buruk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker