Lagi banyak ratib nama saya, lagi meluat orang dekat dia

Lagi banyak ratib nama saya, lagi meluat orang dekat dia

Najib Razak tiada masalah sekiranya bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ingin terus “meratib” namanya.

Najib berkata, sekiranya namanya terus diratib, itu lebih menguntungkan dirinya, selain rakyat akan terus ‘meluat’ terhadap Mahathir.



“Jika dia (Mahathir) nak teruskan (meratib nama Najib), tidak apa, terpulang.

“Pada saya ia hanya sia-sia sebab lagi banyak nama saya disebut, lagi meluat (orang) dekat dia (Mahathir),” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan di Facebook Umno Online.

Pada 20 Feb lalu, Mahathir berkata, tindakannya terus “meratib” nama Najib kerana tidak mahu Ahli Parlimen Pekan itu kembali berkuasa.

Mahathir turut mengakui dirinya malu untuk “meratib” nama Najib yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara, bagaimanapun tujuan kritikan demi kritikan dibuatnya terhadap bekas Perdana Menteri itu bagi memastikan negara tidak kembali dikuasai “perompak”.



Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap Najib, sebaliknya apa dilakukan bekas Perdana Menteri itu turut tidak disenangi adiknya sendiri, Nazir Razak.

Dalam pada itu, Najib berkata, dakwaannya berhubung ramai orang akan memaparkan sikap ‘meluat’ kepada Mahathir itu dapat dilihat berdasarkan komen di media sosial.

“Dahsyat komen kutuk dia. Apa paling penting tanggapan rakyat. Ada yang komen sudah sampai masa duduk atas tikar sembahyang dan ada suruh ratib nama Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Najib juga menafikan rasuah hanya wujud ketika zaman pemerintahan kerajaan BN.



Katanya, semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di bawah pentadbiran Mahathir juga banyak mempunyai kes rasuah.

Katanya, ketika itu terpulang kepada Mahathir sama ada mahu mengambil tindakan atau tidak.

“Zaman Mahathir pun ada rasuah. Semua tahu berlaku masa dia. Nak tuduh zaman BN (saja ada rasuah) satu tuduhan tak adil,” katanya. FMT

Lagi banyak ratib nama saya, lagi meluat orang dekat dia




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker