Anwar diingatkan kembali agar iktiraf kedudukan MIC dalam kerajaan perpaduan

MIC tidak akan meminta sebarang jawatan dalam kerajaan sebaliknya mahu pengiktirafan diberikan terhadap parti itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presidennya, M Saravanan.

Berucap di Mesyuarat Agung Tahunan ke-77 parti itu hari ini, Saravan berkata MIC tidak akan teragak-agak ‘untuk mengambil tindakan selanjutnya’ sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.

“Kita menyokong kerajaan hari ini atas titah Yang di-Pertua Agong. Kita sangat jelas bahawa tak akan meminta jawatan dalam kerajaan, tapi kita nak pengiktirafan.



“Sekiranya gagal maka MIC akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya di hadapan lebih 1,500 perwakilan MIC di Maeps, Serdang, hari ini.

Saravanan berkata demikian ketika menjawab soalan seorang wakil ketika sesi perbahasaan peang ini.

Bagaimanapun, bekas menteri Sumber Manusia itu tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai ‘pengiktirafan’ dan tindakan selanjutnya’.

Terdahulu, ketua MIC bahagian Puchong Awathar Singh berkata MIC perlu mengambil pendirian mengenai masa depan parti itu.



Menurutnya, kerajaan hari ini khususnya di bawah pentadbiran PH hanya mempergunakan MIC semasa pemilihan dan tidak “mengiktirafnya” selepas itu.

“Ketika PM datang ke ibu pejabat MIC pada Ogos ini, ketika hadir dia meminta setahun untuk menunaikan permintaan anggota parti.

“Tapi kita tak pasti, permintaan selama setahun itu bermula Ogos atau sejak Nov tahun lepas (Anwar angkat sumpah selaku PM). Jadi, saya minta anggota parti bersabar.

“Kita tak akan menjual parti kepada sesiapa. Jika tak ada pengiktirafan yang sepatutnya, maka pucuk pimpinan parti akan umumkan tindakan selanjutnya,” katanya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker