Israel beri amaran akan hancurkan Hizbullah jika sertai perang

Israel beri amaran akan hancurkan Hizbullah jika sertai perang

Benjamin Netanyahu, memberi amaran kepada Lubnan dan Hizbullah bahawa kumpulan pejuang itu akan ‘dihancurkan’ dengan ‘kekuatan yang tidak dapat dibayangkan’ jika menyertai perang Israel-Palestin.

“Maksudnya, Hezbollah dan negara Lubnan akan diruntuhkan, namun kami bersedia untuk sebarang senario,” katanya.



Pembabitan Hizbullah, yang memiliki pangkalan utama di sempadan Israel-Lubab, membimbangkan Israel kerana memiliki kekuatan tentera dan aset kelengkapan perang yang besar bagi bertempur bersama Hamas, sekali gus mencetuskan konflik lebih besar di Asia Barat.

Sementara itu, sejak tercetus perang Israel-Palestin 7 Oktober lalu, 29 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dilaporkan terbunuh.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Bantuan dan Pekerjaan Palestin di Timur Tengah (UNRWA) menggambarkan, kematian yang berlaku itu sangat ‘mengejutkan dan sungguh mendukacitakan.’

“Sebahagian daripada yang terkorban adalah guru,” kata agensi berkenaan seperti dilaporkan media antarabangsa.



Dalam perkembangan berkaitan, tujuh dilaporkan cedera apabila kereta kebal Israel secara ‘tidak sengaja’ membedil sasaran di sempadan Mesir.

Serpihan peluru dari bedilan kereta kebal Israel di sempadan Mesir mencederakan sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk beberapa pengawal sempadan Mesir.

Penganalisis politik kanan Al Jazeera, Marwan Bishara berkata, ‘kesilapan’ itu boleh merumitkan lagi hubungan Israel dan Mesir.

Jelasnya, ia membawa kepada amaran oleh Mesir kepada Israel bahawa rejim Zionis itu perlu meredakan pengeboman yang di Gaza.



Letupan tidak sengaja itu berlaku hanya beberapa jam selepas konvoi kedua trak bantuan memasuki bahagian Mesir di sempadan Rafah untuk menuju ke Gaza. BH

Israel beri amaran akan hancurkan Hizbullah jika sertai perang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker